Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dar] | سدر

Definisi : 1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia ~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini; 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~ drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan) diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung; menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa per­buatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; menyedarkan menjadikan sedar, meng­ingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini di­lakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mem­punyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; penyedaran perbuatan menyedarkan; penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau meng­insafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dar] | سدر

Definisi : /sédar/ nama sj pokok malar hi­jau yg kayunya keras dan digunakan utk membuat pak, pagar dll, Cedrus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dar] | سدر

Definisi : 1 tahu akan keadaan yg se­benarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat men­jadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,

Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
    tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(9)

563

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
564Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
563Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' kaPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
531Less haste, more speedOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that less haste, more speed because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
201Every flow must have its ebbKesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.Ada pasang surutnyaHe came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang surutnya . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
196Every flow has its ebbKesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.Hari tidak selamanya panasHe came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
534Slow but sure wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
533Slow but steady wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
532Slow and steady wins the raceOrang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.Biar lambat laga, asal menangIn the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow and steady wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
203Every flow must have its ebbKesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasaHe came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
202Every flow must have its ebbKesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.Ada pasang berturun naikHe came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas