Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1. tubuh diri yg sebenarnya (bukan wakil dll), diri: tidak ada masa utk memikir-kan hal-hal orang lain, hal-hal ~ lebih pen-ting; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain, tidak berhubungan dgn orang lain: apabila sudah ada wang besok, sudah mampu hidup ~, bolehlah dibayar semua-nya; berkerajaan ~ merdeka; 3. seorang diri, tidak berkawan: pd hari ulang tahunku, aku lebih suka tinggal ~-~ di kamarku; 4. = sendiri-sendiri masing-masing: kedua-dua-nya sedang tenggelam dlm bacaan ~-~; 5. tidak berkaitan dgn orang lain, bukan (ke-punyaan, hak, dll) orang lain; tinggal di rumah ~ bukan di rumah orang lain; 6. tidak termasuk yg lain, dlm kumpulan tertentu sahaja; ber-bunuh sama ~nya berbunuh sesama mereka (tidak dgn orang lain); 7. terpisah (tersisih) drpd yg lain, tidak bersama yg lain, berasingan; 8. Id, bp yg paling (belakang, depan, dll); sendirinya = dgn ~ 1. tidak bercampur (berteman dll) dgn yg lain, seorang diri; 2. secara automatik; bersendiri tidak berteman (berkawan dll), tidak berkaitan dgn yg lain, tersisih (terpisah) drpd yg lain: ejaan bukanlah suatu pelajaran yg ~ atau tidak berkait dgn pelajaran-pelajaran yg lain; terdapat kecenderungan utk ~; menyendiri duduk seorang diri, mengasing-kan (memencilkan, menyisihkan) diri: ia hendak ~ lalu lari dgn diam-diam; menyendirikan mengasingkan drpd yg lain: kemeja yg tanggal butang lebih baik disen-dirikan dahulu; tersendiri 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; ketersendirian keadaan tersendiri, keunggul-an: banyak teori sastera cenderung utk mewujud-kan ~ sastera sbg satu kategori yg berasingan; sendirian 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; bersendirian 1. berlainan drpd yg umum-nya, tersendiri: keistimewaannya di dlm bidang penulisan cerpen ialah tentang gaya dia mengolah cerpen secara ~; 2. tidak bersekutu (berkaitan dll) dgn yg lain, tidak bersama (dgn pelibatan dsb) orang atau pihak lain, berasingan: kebanyakan tuan punya kedai mengurus kedainya ~ ataupun dibantu oleh anak isterinya; 3. tidak menerima bantuan (pertolongan dll) drpd mana-mana pihak pun: penuntut-penuntut boleh dibahagi-kan kpd penuntut ~ dan penuntut berbia-siswa; 4. tidak berkahwin, membujang: biar-lah saya ~; kebersendirian perihal, keadaan atau sifat bersendiri, privasi: isu tentang ~ dlm internet juga penting dan perlu diberi pertimbangan serius oleh undang-undang siber; kesendirian 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; persendirian perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; penyendirian perbuatan mengasingkan (me-nyisihkan, memencilkan) diri, perihal menyen-dirikan sesuatu; penyendiri (orang) yg suka menyendiri, (orang) yg suka mengasingkan diri: seniman bagi Freud adalah seorang ~ yg amat suka mencipta fantasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di.ri] | سنديري

Definisi : 1 tubuh badan atau orang yg sebenarnya (bukan wakil atau yg lain-lain; diri yg sebenarnya: Tuan yg empunya kedai itu ~ yg dikehendaki hadir. 2 tidak dgn bantuan orang lain; tidak berkaitan dgn orang lain; terpisah dr yg lain; berasingan: Saya tinggal di rumah ~. 3 tidak termasuk yg lain; dlm kumpulan itu juga: Mereka bertengkar sesama ~. menyendiri duduk atau tinggal seorang diri; mengasingkan diri: Tidak mungkin aku hidup ~. tersendiri terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. sendirian seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. bersendirian berada seorang diri; duduk (pergi dsb) seorang diri: Dia ~ di rumahnya. ke­bersendirian keadaan atau sifat bersendiri. persendirian perihal sen­­diri: rumah-rumah ~. penyendiri orang yg suka menyendiri atau suka bersendi­rian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Puisi
 

Kalau naik tangga sendiri,
     Jangan pula takut terjongkit;
Dipandang orang berlari-lari,
     Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Macam orang biduk.

Bermaksud :

Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(203)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
61Blow your own trumpetMembangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.Menguningkan kunyit sendiri"I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper."Aku tak mahulah menguningkan kunyit sendiri , tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
264There is no place like home.Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
260East, west, home's the bestBetapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
262Home is home, though it be never so homelyBetapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, home is home, though it be never so homely.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
259Dry bread at home is better than roast meat abroad.Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, dry bread at home is better than roast meat abroad.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
257Dry bread at home is better than roast meat abroad.Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, dry bread at home is better than roast meat abroad.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
265Travel east and travel west, a man's own home is still the bestBetapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, travel east and travel west, a man's own home is still the best.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
263The smoke of a man's own country is better than the fire of another's.Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiriMy father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, the smoke of a man's own country is better than the fire of another's.Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
559Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
566Sweep your own doorstep cleanTidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas