Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.du] | سودو

Definisi : 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung, tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yg di bawah sekali); menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu; tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia antiquorum; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Euphorbia nerifolia; ~ itik Kd sj tumbuhan (pokok jenis lembut) yg tumbuh dlm belukar dan boleh dibuat ulam; ~ di tepi jalan, dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya prb orang cerdik atau pendekar yg tidak dapat ditewaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.du] | سودو

Definisi : 1 paruh yg lebar spt yg terdapat pd itik (angsa dll). 2 alat spt senduk tetapi lebih kecil (biasanya dibuat drpd logam, tembikar) dan digunakan utk mengaut makanan; camca. 3 = ~ getah alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; pancur. menyudu 1 mematuk atau memagut dgn sudu (ttg itik dll). 2 mengaut atau mencedok dgn sudu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudu (kata nama)
1. Bersinonim dengan camca

2. Bersinonim dengan paruh: muncung

Kata Terbitan : menyudu,

Peribahasa

Kurang-kurang bubur,
     lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih).

Bermaksud :

Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
414Don't make a mountain out of a molehillMembesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!” kata si abang.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas