30 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
607 | Truth will out | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will out, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
606 | Truth will come to light | Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya. | Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga. | For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually | Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
154 | A good deed is never lost | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
153 | A good deed is never lost | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
159 | A man is remembered by his deed | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
158 | A man is remembered by his deed | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
157 | A good that men do lives after them | Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia. | Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good that men do lives after them. | Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
10 | A bad workman always blames his tools | Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. | Sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap. | She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. | Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
412 | Don't make a mountain out of a molehill | Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). | Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. | ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. | ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |