Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu] | تبو

Definisi : sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tum­buhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (seba­tang­­nya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bu] | تبو

Definisi : beberapa macam tumbuh-tum­buhan jenis rumput yg batangnya beruas-ruas dan airnya boleh dibuat gula, Saccharum officinarum. bertebu-tebu 1 beruas-ruas. 2 bergelang-gelang. menebu-nebu membuat ber­tebu-tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
508A rotten apple spoils the barrelDisebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.Seruas tebu berulat, sebatangnya (seruas) dibuangJust because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seruas tebu berulat, sebatangnya dibuang .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
614One good turn deserves anotherBantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
590Once a thief, always a thiefTanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit jugaEx-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar, dibaja dengan madu, disiram dengan manisan, diletakkan di atas tebu, apabila masak pahit juga ''.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
358One man's meat is another man's poisonSesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.Temu pada awak, peria pada teman.Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas