Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : 1. sj ikan laut, Clupea macrura; 2. sj ikan laut, Alosa macrura; 3. = telur ~ telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan di-per­dagangkan); ~ padi sj ikan laut, Clupea sinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : nama sj ikan laut, Clupea macrura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terubuk

Puisi
 

Ikan terubuk dua sekawan,
     Sungguh sedap dimasak kari;
Bukan saya mabuk sebarang,
     Saya mabuk menahan hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
38A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk jangan ditinggalkanWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubukPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas