Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi; ~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ beng-gala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir = ~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~ cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba), Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~ kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi = ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tum--buhan (pokok memanjat), Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan (pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~ benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan (herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok me-manjat), Dioscorea esculenta; ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah; ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb: makanan drpd kumpul-an nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~ sebenar-nya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj ikan laut, Gobius giuris; 2. = ~ bujuk sj ikan darat, Ophicephalus lucius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 akar atau umbi yg membesar dan selalunya boleh dimakan. 2 berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg mengeluarkan ubi 1. ~ garut nama sj herba, Maranta arundinacea. ~ kayu nama sj pokok kecil, Manihot utilissima. ~ keledek nama sj pokok renek, Ipomoea batatas. ~ kemili nama sj herba, Coleus tuberosus. ~ kentang nama sj pokok renek, Solanum tuberosum. ~ merah (nasi) nama sj herba memanjat, Dioscorea alata. ~ sengkuang nama sj herba, Pachyrrhizus erosus. ubi-ubian pelbagai jenis ubi, spt keledek, keladi, kentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubi (kata nama)
Bersinonim dengan akar, umbi, isi.,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(9)

609

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
214When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilahDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
609One good turn deserves anotherBantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas,'' kata Salina kepada saya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
216When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Laksana antah (lemukut), lapar sangat baru bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - laksana antah (lemukut), lapar sangat baru berguna .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
215When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibahamDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
213When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Tiada gading, tanduk pun bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada gading, tanduk pun berguna.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
212When all fruit fails, welcome hawsApabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.Tiada rotan, akar pun bergunaDuring the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas