| tapi Bj, Sl | dinding lepa. | Lepa biasanya berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar dan membentuk struktur sebuah rumah yang mempunyai dinding dipanggil ‘tapi’ dan beratap daun nipah dikenali ‘kajjang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kotang-kotangan Mr | sepuluh batang buluh berukuran paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja yang terdapat pada alat muzik Bakokong. | Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tengkaput Ih | sejenis burung dalam cerita mitos. | Berjalanlah Kedakil di negeri Sulug bersama sahabatnya burung Tengkaput. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kamah-kamah Bj Sp | kain yang dijahit bulat, diisi dengan kapuk, bulatannya sebesar jari kelingking orang dewasa dan panjangnya kira-kira 2.5 kaki. Digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung/bunyi anak-anak gabang ketika dipukul. | Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pagago Kd Pn | pegaga; Centella asiatica. | Pada suatu hari Buangkut menyuruh ibunya mengambil sejenis tumbuhan istimewa yang dipanggil Pagago. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ombuinang Tb | nama lain nenek kebayan. | Wahai Makcik Ombuinang, bolehkah kami naik? kata anak muda itu setelah tiba di rumah Ombuinang. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tengkerong Tb | cicak tokek. | Setelah ia menyatakan demikian, anak muda itu pun menggoncangkan badannya dan lantas menjelmalah ia menjadi seekor cicak tengkerong. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sintong, *sintung* Ib | sejenis keranjang berbentuk bulat yang diperbuat daripada rotan dan bemban, mempunyai dua tali untuk disangkutkan di bahu. Ia digunakan khas semasa menuai padi. Ia boleh menampung sebanyak 2-3 gantang padi. | Barang-barang yang mereka bawa itu disimpan di dalam selabit, dibawa di belakang dengan sintong dan sebagainya. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tolinting Kd | pokok paku menjalar. | Cara Membuat Sompoton. Untuk membuat Sompoton bahan-bahan berikut perlu disediakan. 1. Kurobu - labu liar. 2. Sopinit/sopilut - gam lebah jinak. 3. Sumbiling - buluh renik (Schizostachyum lima). 4. Polod - kulit sejenis pokok palma liar. 5.Tolinting - Pokok paku menjalar. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kinayoo Mr, Tb | besar. | Jangan makan saya! Tetapi kita pergi bersama-sama ke hulu! Di sanalah kampung kami di hulu sungai Kinayoo. Waduh! Banyak orang di kampung kami, kata pelanduk itu kepada buaya itu. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |