| simpur MSb | 1. buah simpuh, digunakan untuk membungkus sesuatu (makanan); Dillenia aurea. | Daun-daun simpur yang dikutipnya begitu banyak. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| piontokan Kd | 1. pertunangan sebelum dewasa. | Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kelakar MSr | 1. perbincangan. 2. perbualan. | Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| debak Ir | 1. sejenis gendang. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ Sambut Pengantin Lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| aya Ib | 1. bapa saudara. | Memang ada. Hanya tidak ada untuk diniagakan,” sindir Umang Kelebat. Itulah yang menyebabkan gadis-gadis masih terpikat sampai sekarang, ya aya? sambung Senurok. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sebayan Ib, Ky | 1. alam roh. | Layoh sudah melahirkan dirinya dalam dunia sebayan itu. Tidak akan hidup walaupun ditangisi saban hari. Rohnya akan tersesat dalam dunia sebayan itu nanti. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kumagi Kd Lt | 1. selempang. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| komburongoh, *komburongo* Kd | 1. sebahagian peralatan dalam upacara keagamaan, diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, akar kayu, gigi babi/beruang, batu kecil. 2. sejenis rumput; Acorus calamus. | Untuk menghubungi roh-roh ini, dukun-dukun wanita itu mengadakan upacara bersembahyang dan pemanjatan doa dengan bantuan alat yang dipanggil "Komnurongoh". Alat ini diperbuat daripada himpunan kepingan logam, loceng kecil, sejenis tumbuhan yang juga dipanggil "Komburongoh", gigi babi hutan atau beruang, batu kecil berbentuk cincin dan akar-akar kayu. Alat ini juga dipanggil "Gonding" atau "Sukuon". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |