| mansai Ib | menangkap ikan menggunakan sejenis alat yang dianyam daripada rotan atau bemban. | Dapat tak ikan? tanya orang itu. "Dapatlah, tak pernah begini," jawab Ensimau. "Sebab itulah saya suruh awak mansai sebab saya lihat banyak ikan di situ tadi," jelas orang itu. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gokton, *gouton* Kd | hutan. | Tak payah... lagi dia orang pegi panat panat... Pegi apa tu, pegi mengusut tu gouton (hutan). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tuaija MSr | mengada-ngada, memandai-mandai. | Pandai mengajar orang tua. Baru darjah dua sudah tuaija nak mengajar orang tua. Engkau tak fahamkah? Aku bukan ada duit. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| seluar sumbu MSr | seluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang. | Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ngabas Ib, MSr | melawati atau menjenguk seseorang atau tempat. | Katakan untuk menghormati orang meninggal dunia. Katanya bukan untuk ngabas, berduka dan menghormati tetapi bersukaria. Inilah tak betulnya adat kita, katanya. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| puik Ib | sejenis penyakit kudis seperti bisul. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. Begitu juga dengan bapa saudara mereka, dia tak mahu serumah dengan mereka. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pelaik Ib, MSr | kayu pulai. | “Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |