Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Air daun

Puisi
 

Daun pandan bunga melati,
     Rendam di air waktu pagi;
Baik cari bidan yang reti,
     Anakku lahir tak lepas lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
meruju Ibsejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri.Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
narum, *narum tarum* Ibproses untuk mendapatkan warna hitam dengan menggunakan daun tarum.Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu. Setelah dimasukkan ke dalam air mengkudu barulah proses mampul dijalankan. Setelah proses ini selesai benang itu dimasukkan ke dalam air pewarna yang dipanggil tarum. Proses ini dipanggil narum.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaluk Ibtempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan).Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lipa Bj Smsejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang.Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igat Ibsapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda.Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas