| bantak Ib, MSr | sejenis ikan air tawar yang bergarisan lintang (warna merah kehitaman) di tengah badannya. Boleh dibuat lauk. | Pak Ngah mengangkat pukat. Dipungutnya ikan bantak dan seekor ikan buin yang melekat. | Hati -15 Cerpen dari Bumi Kenyalang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kibut Ib | sejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air. | Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |