| amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| mogsorakan Tb | adat pinangan suku kaum Sungai yang tidak boleh ditolak oleh kaum perempuan kecuali hantaran dikembalikan dengan satu kali ganda. | Seminggu kemudian, Toksin datang dan mogsorakan kepada Mondoi, anak gadis Ambuyat. Perkahwinan sudah pun ditetapkan harinya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |