| ngeluah, *ngelua* LB | memberi denda/pampasan yang tujuan untuk mengembalikan persefahaman bagi kedua-dua pihak yang bergaduh. | Tapi sebelum Bulus berangkat pulang, lelaki tadi memberi amaran kepada Bulus, “Kalau awak sampai di rumah, jangan biarkan orang-orang kampung awak ngeluah (upacara pemujaan kepada orang yang dianggap mati, hidup atau pulang kembali dipalit dengan darah binatang yang disembelih). | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ngangkat abongan Bj Sm | kemuncak tarian runsai – hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama. | Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |