| siud MSb | sejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| karaban Kd | bekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selingkawang, *selingkawan* Bj Sm | sejenis tumbuhan paku pakis yang keras. | Dari celah-celah daun selingkawang itu ia dapat melihat seorang daripada manusia-manusia di bawah bukit itu sedang mengutip daun-daun simpur untuk pembungkus nasi mereka. | Ngayau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kamah Ib, MSr | kotor. | Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| makai salau Ib | makan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam. | Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |