Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelah

Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)

Bermaksud :

Sedikit (= kecil) sekali.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gerunggang Ibsejenis pokok yang batangnya boleh disirap atau dibelah untuk dijadikan atap.Endu Bunga Eni dan Dara Bunga Satangkai meneruskan perjalanan mereka. Menjelang tengah hari, mereka terserempak dengan sepohon pokok gerunggang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ensenga Ibbubu atau lukah yang diperbuat daripada ruas buluh yang dibelah di sebelah satu hujung. Perangkap ini diletakkan di sungai dengan bahagian terbukanya ke arah hulu sungai sejenis perangkap ikan.Apabila usia mereka meningkat tujuh tahun lapan bulan, mereka sentiasa menjadi ketua kanak-kanak lain semasa bermain, menjala dan mengail ikan, menahan bubu dan ensenga.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
poposisip Kdupacara menyisip tujuh tangkai padi yg dituai semasa upacara kumotob pada bilah buluh yg dibelah dan diletakkan pada dinding jelapang.Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
kaval Rgsejenis baju berlengan panjang tetapi bahagian lengan berkenaan tidak berjahit, dipakai oleh wanita.Kaval - baju panjang tangan - tangannya dibelah tidak berjahit. Ia dipakai pada waktu hari-hari keramaian saja. Ianya berwarna-warni dan diperbuat daripada benang kapas.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalau Ibkayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh.Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apar Sk, Bdsejenis dulang yang berkaki dan bercorak, dibuat daripada loyang atau tembaga.Di dalam sebuah apar diletakkan seekor ayam jantan yang sudah dibelah perutnya, diletakkan pula tepak sirih loyang.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linapak Kdbelahan buluh berbentuk V di tengah-tengah Tongkungon dan berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tongkungon.Seruas buluh yang telah kering dan siap untuk dijadikan Tongkungon haruslah dibelah (dilatarkan) dalam bentuk ā€˜V’ di tengah-tengah Tokungon sebelum membuat atau menghasilkan dorongan dan tempat belahan itu dinamakan linapak. Linapak berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tokungon.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas