Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditegur

Puisi
 

Kapal besar dari Ayupa,
     Hendak menuju kapal Bintulu;
Adik-adik jarang berjumpa,
     Belum ditegur terkidum dulu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.

Bermaksud :

Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
congek MSrcengeng.“Di masjid banyak orang tau. Selalunya abang akan nangis kalau ditegur orang. Abang congek,” usikku kerana aku mahu dia faham bahawa aku tidak gemar akan sikapnya itu. Dia agak terlalu pemalu “sekurang-kurangnya pada kehendak atau penilaianku.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keda MSrmalu tersipu-sipuKadang-kadang dia sendiri terpaksa mengalah kepada keadaan itu dan sesekali keda kerana lain yang ditegurnya tentang sikap Kamalina, lain pula yang ditegur oleh Pak Karim. Ketara bahawa dia agak bodoh, dan dia benar-benar keda.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
legar-legur MSrberdentam-dentum.Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas