Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditimang

Puisi
 

Cuba-cuba ditimang-timang,
     Batu delima dari seberang;
Kalau tak banyak bunga yang kembang,
     Kumbang yang mana mahu terbang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Belum beranak sudah ditimang.

Bermaksud :

Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jalong, *aik jalung* Ibnama utk minuman tuak yg telah ditimang sepanjang malam dan kemudian diminum oleh orang tertentu dalam sejenis upacara dlm Gawai Antu.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
garong, *garung* Ibanyaman berangkai dan bertingkat daripada buluh yang mengandungi ruas buluh tempat menyimpan tuak. Tuak tersebut ditimang (dengan lagu puji-pujian) semalamam dan hanya layak diminum oleh seorang pahlawan.Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas