| pulai Ib | pulang. | Ke mana perginya apaimu, Icut? Ndak pulai-pulai lagi. Umbai berasa semakin resah. Kepulangan lakinya mula diragukannya. Entah pulang entah tidak lakinya itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sik MSr | tidak. | Entah apa yang terbuku di hati Esah, tidak ada sesiapa yang dapat menekanya hampir pasti. "Lelaki gatal. Huk, eh, sik kuheran." Entah dari mana dia mendapat maklumat bahawa kawan Bidin itu banyak anak. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| uki Ib | tauhu yang telah dikeringkan, fucuk. | Suruh Bedi goreng dengan kacang panjang campur kicap. Kuahnya ayam tadi bercampur uki. Cukuplah lauk begitu. Kita tak mampu. Duit seratus itu, entah cukup atau tidak. Babi kita dah dikorbankan empat bulan yang lalu. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |