| tagad Kd, Tb | huma. | Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |