Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.dang] | منندڠ

Definisi : 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tendang
Kata Terbitan : menendang, tendangan,

Peribahasa

Di belakang ia menendang kita,
     bila di depan ia mengeting kita,
jika di tengah ia berpusing ligat pula.

Bermaksud :

Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tarik lampung Ibsejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain.Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas