| begama Ib | sejenis kaedah perubatan tradisional iaitu mencari punca penyakit dengan menyentuh dan meraba-raba badan pesakit. Upacara ini dilakukan oleh dukun atau manang. | Oh, nantilah dulu. Masa masih tak sesuai untuk saya mulakan kerana tangan seseorang Manang tak sesuai begama kalau hari masih siang. Tunggulah selepas makan malam, jawab Manang Entayang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| basong, *basung* Ib | sejenis bakul kecil yang dibuat daripada anyaman (halus) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain. | Keling lalu bangun dan menyandang bakul sap basong melintang, menyandang sumpitan tapang. Di pinggangnya diikatkannya pula pedang panjang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bangkat Ib, Sk | sejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain. | Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nyulap Ib | mengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi). | Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |