| minyak sakang Kn, MSr | sejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya. | Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| silipi, *selipik* Ib | sejenis bekas kecil daripada anyaman bemban digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil. | Pujo mencapai silipi kecil yang dibawanya tadi. Dari dalam bekas itu dikeluarkannya seutas tali berwarna hitam sepanjang kira-kira lapan inci dengan dua biji taring babi hutan terikat padanya. | Novel Mutiara Dalam Timbunan Pasir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |