| ondu II, *tonduk* Kd | perempuan. | Enandakan terasa rambutnya dielus mesra. Dia cuba kembalikan kepada dirinya. Tetapi kalimat kudus yang didengarnya melalui mulut pada ondu dan edi serta emak mentuanya sesekali menggegarkan perasaan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| simbohong libian Bj Sm | bentuk sanggul rambut. | Rohayu mengerutkan kening, terasa ada angin menghembus dan membelai anak rambutnya yang terungkai daripada simpulan simbohong libian. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| utak-utak Bj, Sl | sejenis sanggul. | Mata kayu Dayang Bandang yang bening, terus menembusi ke ruang hadapan yang mula kelam. Rambutnya yang bersanggul fesyen utak-utak dihiasi mahkota, teguh mengapuh belakang kepalanya biarpun dipuput bayu senja. Serta-merta dadanya sebak, direnggut pilu yang perit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| omet Tb | satu permintaan khas daripada pihak perempuan secara sindiran. | Tomuk tidak terus bersuara. Dia menjeling Toksin yang masih menunduk itu. "Ini omet aku," katanya sambil melurut rambutnya yang separuh kusut itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |