epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |
epizoit | haiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginya | Kamus Dewan Perdana |
epitome | orang atau benda yg merupakan contoh atau teladan yg unggul bagi sst, sama ada dr segi kualiti, kelas dsb | Kamus Dewan Perdana |
epitet | perkataan atau frasa kata sifat yg menunjukkan ciri-ciri khusus sso atau benda tertentu dan akhirnya menjadi nama julukan kpd orang atau benda yg berkenaan, mis spt yg terdapat dlm frasa “Hang Jebat Derhaka” dan “ Richard the Lion-Heart” | Kamus Dewan Perdana |
epitelium | tisu tipis yg membentuk lapisan luar permukaan tubuh dan yg melapisi salur pencernaan dan struktur berongga dlm tubuh | Kamus Dewan Perdana |
epitaf | pernyataan ringkas secara bertulis pd batu nisan atau patung utk memperingati sso yg meninggal dunia, atau yg ditulis pd tugu atau bangunan utk memperingati sst peristiwa penting | Kamus Dewan Perdana |
epistemologi | teori ttg pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis ttg kesahihan, kaedah dan skop sst pengetahuan | Kamus Dewan Perdana |
epistaksis | perdarahan dr hidung | Kamus Dewan Perdana |
epispora | lapisan paling luar dinding spora, yg menentukan bentuk dan warna spora | Kamus Dewan Perdana |
episode | episod | Kamus Dewan Perdana |