| enema | cecair yg dimasukkan ke dlm dubur, terutamanya utk memudahkan proses membuang air besar | Kamus Dewan Perdana |
| elektronegatif | (bkn unsur) cenderung memperoleh atau menarik elektron utk menjadi ion negatif atau membentuk ikatan berkutub | Kamus Dewan Perdana |
| embriogenesis | proses pembentukan dan perkembangan embrio | Kamus Dewan Perdana |
| keelektronegatifan | keadaan atau sifat elektronegatif | Kamus Dewan Perdana |
| elektromagnetisme | cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drp saling tindakan antara arus atau medan elektrik dgn medan magnet | Kamus Dewan Perdana |
| elektromagnetik | berkaitan dgn arus elektrik dan kuasa magnet | Kamus Dewan Perdana |
| keelektromagnetan | kemagnetan yg terhasil disebabkan tindakan arus elektrik, bukannya disebabkan tindakan magnet kekal | Kamus Dewan Perdana |