Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat per­hiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pérak) negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl; memerak menyimpan (meletak­kan) barang-barang dll dgn tidak teratur dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pérak/ 1 logam berharga yg berwarna keputih-putihan: cincin ~. 2 wang rupiah: Harganya lima ~. 3 warna spt perak 1. keperak-perakan agak (seakan-akan) perak warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Perak

Puisi
 

Tanam jarak tak tumbuh jarak,
     Jarak nak tumbuh di langit putih;
Beri perak tak ambuhlah perak,
     Saya ambuh ke baju putih.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektrumaloi emas dan perak yg terdapat secara semula jadi, berwarna kuning pucat hingga kuning tua, biasanya digunakan utk membuat barang kemas dan perhiasanKamus Dewan Perdana
empirang kasaiikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lainKamus Dewan Perdana
emas hijaualoi emas berwarna hijau yg dihasilkan drp gabungan emas tulen, zink, perak dan tembagaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas