Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ab.jad] | ابجد

Definisi : 1 urutan huruf Jawi yg disusun menurut nilai drpd satu hingga seribu (spt alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4). 2 susunan atau urutan huruf dlm sesuatu sistem tulisan (spt a, b, c dlm sistem huruf Rumi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abjad


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
etahuruf ketujuh abjad Yunani yg ditulis dgn simbol H, ηKamus Dewan Perdana
E, ehuruf kelima dlm abjad RumiKamus Dewan Perdana
epsilonhuruf kelima dlm abjad Yunani. Simbol: E , ɛKamus Dewan Perdana
ensiklopediabuku, biasanya dlm banyak jilid, yg mengandungi maklumat yg lengkap ttg pelbagai topik dlm sst bidang ilmu atau ttg subjek tertentu, yg disusun mengikut urutan abjadKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas