Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eksogamiadat atau perbuatan yg menggalakkan sso mengahwini sso drp suku kaum yg lainKamus Dewan Perdana
etikettatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas