Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epiforapengulangan bunyi akhir kata atau struktur ayat dlm rangkap atau ayat yg berturutan utk mendapatkan keindahan bunyi atau ketepatan bahasa, mis rima di akhir baris dlm rangkap syairKamus Dewan Perdana
epilogbahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi komen atau ringkasan ttg karya yg berkenaanKamus Dewan Perdana
ek#digunakan sbg penegas pertanyaan, biasanya diletakkan pd akhir ayatKamus Dewan Perdana
eskatologikajian ttg ilmu ketuhanan, peristiwa akhir zaman, kiamat dan akhiratKamus Dewan Perdana
emeritusgelaran yg dianugerahkan oleh universiti kpd profesor yg telah bersara yg terkenal krn ketokohannya. Gelaran emeritus itu membolehkan sso menggunakan gelaran profesor sehingga akhir hayatKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas