Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empanganbinaan pengawal aliran air yg dibuat drp konkrit, tanah dsb merentangi kawasan aliran air, spt sungai dan laut dr dasar hingga ke permukaan, biasanya dijadikan sbg kawasan tadahan air, sumber pengairan tanah pertanian dan sumber tenaga hidroelektrikKamus Dewan Perdana
terempang(bkn aliran air) terbendung atau tertahanKamus Dewan Perdana
ekspresionismealiran dlm kesenian atau kesusasteraan yg cuba melahirkan pengalaman seniman dr sudut emosi, bukan berdasarkan fakta yg nyataKamus Dewan Perdana
empirisismeteori atau aliran ilmu pengetahuan yg berdasarkan pengalaman dan pemerhatianKamus Dewan Perdana
ekspresionisorang atau golongan yg mengikuti aliran ekspresionismeKamus Dewan Perdana
embolusgumpalan darah, lemak, udara dll yg dibawa oleh aliran darah yg boleh mengakibatkan embolismeKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas