embrio | hasil persenyawaan antara ovum dgn sperma yg berkembang pd peringkat awal, iaitu enam atau tujuh hari selepas konsepsi hingga minggu kelapan | Kamus Dewan Perdana |
ekoton | zon di antara dua komuniti tumbuhan yg berbeza, yg mengandungi spesies drp kedua-dua komuniti tsb, mis pinggir hutan | Kamus Dewan Perdana |
ekologi | kajian ttg hubungan antara organisma hidup spt manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan dgn persekitarannya | Kamus Dewan Perdana |
endoderma | lapisan yg paling dalam antara tiga lapisan embrio haiwan, yg berkembang menjadi salur pencernaan, salur pernafasan, paru-paru, dan struktur lain yg berkaitan | Kamus Dewan Perdana |
elak-mengelak | saling mengelak antara dua atau lebih pihak | Kamus Dewan Perdana |
ekor pipit | hujung rambut di antara bahagian pelipis dan telinga | Kamus Dewan Perdana |
edema | keadaan wujudnya lebihan cecair di dlm ruang antara sel tisu, boleh berlaku pd rongga atau tisu badan | Kamus Dewan Perdana |
etnolinguistik | cabang linguistik antropologi yg mengkaji hubungan antara bahasa dgn sikap penutur thp bahasanya | Kamus Dewan Perdana |
pengedar | orang, syarikat dll yg berperanan sbg orang tengah di antara pengeluar dan peruncit, atau pembeli dgn penjual barangan spt kereta atau buku | Kamus Dewan Perdana |
endosulfan | sebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃S | Kamus Dewan Perdana |