Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
terembut-embut(bkn api, nadi, ubun-ubun kanak-kanak dll) bergerak-gerak turun naik perlahan-lahanKamus Dewan Perdana
elektrifikasipenggunaan elektrik atau penggantian dgn tenaga elektrik pd mesin, kereta api dsb, yg sebelumnya tidak menggunakan elektrikKamus Dewan Perdana
ekzospaip pd kenderaan bermotor yg menyalurkan keluar asap, gas dll yg terhasil drp pembakaran bahan api dlm enjinKamus Dewan Perdana
mengelektrifikasimenyalurkan atau menggunakan tenaga elektrik pd (mesin, kereta api dsb)Kamus Dewan Perdana
etunagas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: C₂H₂Kamus Dewan Perdana
etanagas dlm kumpulan alkana yg tidak mempunyai warna atau bau dan mudah terbakar, yg diperoleh drp gas asli dan petroleum, digunakan sbg bahan api dan utk membuat bahan kimia organik. Formula: C₂H₆Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas