terembut-embut | (bkn api, nadi, ubun-ubun kanak-kanak dll) bergerak-gerak turun naik perlahan-lahan | Kamus Dewan Perdana |
elektrifikasi | penggunaan elektrik atau penggantian dgn tenaga elektrik pd mesin, kereta api dsb, yg sebelumnya tidak menggunakan elektrik | Kamus Dewan Perdana |
ekzos | paip pd kenderaan bermotor yg menyalurkan keluar asap, gas dll yg terhasil drp pembakaran bahan api dlm enjin | Kamus Dewan Perdana |
mengelektrifikasi | menyalurkan atau menggunakan tenaga elektrik pd (mesin, kereta api dsb) | Kamus Dewan Perdana |
etuna | gas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: C₂H₂ | Kamus Dewan Perdana |
etana | gas dlm kumpulan alkana yg tidak mempunyai warna atau bau dan mudah terbakar, yg diperoleh drp gas asli dan petroleum, digunakan sbg bahan api dan utk membuat bahan kimia organik. Formula: C₂H₆ | Kamus Dewan Perdana |