Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epigastriumbahagian tengah abdomen atas yg di atas perutKamus Dewan Perdana
mengeramimengeram di atas (sst), biasanya telurKamus Dewan Perdana
eksaiscukai yg dikenakan oleh kerajaan atas barangan tertentu spt rokok, arak atau kenderaan bermotor yg diimport dr sesebuah negara atau dikilangkan dlm negara tsbKamus Dewan Perdana
epilimnionlapisan air di bahagian paling atas tasik atau laut yg biasanya mempunyai kepekatan oksigen yg tinggiKamus Dewan Perdana
epektiang kayu yg menjadi tempat mengikat bahagian bawah dan atas belat utk menangkap ikanKamus Dewan Perdana
eksponennombor atau huruf yg ditulis di sebelah kanan atas sst nombor atau huruf utk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tsb didarabkan dgn nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x³, 3 ialah eksponen bagi xKamus Dewan Perdana
mengeram(bkn ayam, itik, burung dsb) duduk di atas telur utk menghangatkannya sehingga telur menetasKamus Dewan Perdana
mengeksplorasimelakukan eksplorasi ke atas (sst)Kamus Dewan Perdana
epikotilbahagian batang pd biji benih tumbuhan yg terletak di atas kotiledon sewaktu biji benih bercambahKamus Dewan Perdana
berempapbermain judi dgn melambungkan atau melemparkan wang ke atasKamus Dewan Perdana
123

Kembali ke atas