Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wal] | اول

Definisi : 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wal] | اول

Definisi : mula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal

Puisi
 

Dari awal sampai ke akhir,
     Limau lelang saya kupaskan;
Singa bersoal garoda berfikir,
     Rimau garang saya lepaskan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embunwap air yg turun pd tengah malam hingga awal pagi krn sejukKamus Dewan Perdana
embriohasil persenyawaan antara ovum dgn sperma yg berkembang pd peringkat awal, iaitu enam atau tujuh hari selepas konsepsi hingga minggu kelapanKamus Dewan Perdana
eolitbatu yg digunakan sbg alat memotong, merodok dsb pd Zaman Batu AwalKamus Dewan Perdana
eklampsiakeadaan yg dicirikan dgn kekejangan pd wanita hamil akibat tekanan darah tinggi, yg melibatkan kerosakan awal pd buah pinggang sehingga menyebabkan adanya protein dlm air kencing dan edemaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas