| endotoksin | toksin tahan haba yg terdapat pd dinding sel bakteria, terutamanya bakteria usus dan bakteria gram-negatif lain, yg terbebas keluar apb bakteria tsb musnah | Kamus Dewan Perdana |
| E. coli | bakteria yg biasanya ditemui di dlm usus manusia atau haiwan, yg menjangkiti sso melalui sst yg tercemar dan sesetengah jenisnya boleh menyebabkan keracunan makanan yg teruk yg ditandai oleh cirit-birit, kejang perut dan kadangkala demam, muntah atau sakit kepala. Nama penuh bagi bakteria ini ialah Escherichia coli | Kamus Dewan Perdana |
| erisipelas | penyakit kulit yg berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria, yg menyebabkan kemerahan dan bengkak di kawasan terlibat dan disertai demam | Kamus Dewan Perdana |
| ensefalitis | radang pd otak yg disebabkan oleh agen jangkitan spt bakteria, virus atau parasit, ataupun yg disebabkan oleh kecederaan | Kamus Dewan Perdana |
| eukariot | organisma yg bahan genetiknya terkandung di dlm nukleus bermembran, dan meliputi semua organisma kecuali bakteria dan alga biru hijau | Kamus Dewan Perdana |