erepsin | campuran beberapa enzim peptidase yg memangkinkan hidrolisis protein dan polipeptida kpd asid amino, dan dirembeskan oleh kelenjar usus kecil | Kamus Dewan Perdana |
empayar | kawasan luas yg mengandungi beberapa buah negara dan pelbagai bangsa yg diletakkan di bawah pemerintahan satu kuasa yg berdaulat | Kamus Dewan Perdana |
mengejan-ejan | mengejan utk beberapa lama atau berterusan | Kamus Dewan Perdana |
mengelon | melipat (satu bahagian kain baju kurung) sebanyak beberapa lapis, dan kemudian diikatkan sama ada di kiri atau di kanan pinggang | Kamus Dewan Perdana |
El Nino | fenomena perubahan cuaca yg mendadak, berlaku selang beberapa tahun di kawasan Pasifik, yg menyebabkan kemarau dan perubahan pola tiupan angin | Kamus Dewan Perdana |
ekospesies | spesies tumbuhan atau haiwan yg boleh dibahagikan kpd beberapa ekotip | Kamus Dewan Perdana |
episod | satu bahagian drp sesebuah karya sastera, drama televisyen atau radio, yg muncul dlm beberapa bahagian selama satu-satu tempoh | Kamus Dewan Perdana |
endodermis | lapisan yg paling dalam pd akar tumbuhan, batang paku pakis, dan batang beberapa tumbuhan dikotiledon, dan berfungsi mengawal pengaliran air dan larutan secara mendatar di dlm akar dan batang | Kamus Dewan Perdana |
epilepsi | penyakit saraf yg menyebabkan sso tiba-tiba tidak sedarkan diri, terjatuh, bergerak-gerak secara tidak terkawal selama beberapa minit, dan kemudiannya menjadi lemah lalu tertidur. Epilepsi ialah kata teknikal bagi sawan babi | Kamus Dewan Perdana |
epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |