Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buah] | بربواه

Definisi : 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah

Puisi
 

Lagi berbuah lagi berduri,
     Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
     Itulah nama orang kaya.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embalaupokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisulKamus Dewan Perdana
enaupalma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasanKamus Dewan Perdana
empenaipokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasirKamus Dewan Perdana
ekor ikanpalma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasanKamus Dewan Perdana
ensuraipokok yg biasanya tumbuh di tebing berbatu yg berlumut dan condong ke arah sungai, berdaun tirus, berbuah kemerahan dan bersayap, penting sbg sumber makanan bagi hidupan air dan akarnya penting utk menghalang hakisanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas