Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enyeh(bercakap) dgn suara lemah lembut yg dibuat-buat utk menarik perhatianKamus Dewan Perdana
embeng(makan, bekerja, bercakap dsb) dlm keadaan melampauKamus Dewan Perdana
enap(bkn sso) tidak bercakapKamus Dewan Perdana
seenaknya(duduk, bercakap, memfitnah dll) dgn sesuka hati atau sekehendak hatiKamus Dewan Perdana
encikpanggilan yg digunakan semasa bercakap dgn lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak diketahui namanyaKamus Dewan Perdana
berentahmengatakan entah apb bercakap atau menjawab pertanyaanKamus Dewan Perdana
berengkumenggunakan engku apb bercakap-cakap dgn orang yg berketurunan rajaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas