empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
berenggil | (bkn permukaan atau bahagian tepi sst) bergerigi | Kamus Dewan Perdana |
elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
ekor kucing | pokok renek sehingga kira-kira 3 m tinggi, berdaun lebar dan bergerigi, berbunga halus berwarna merah tua, tumbuh padat pd jambak yg berjuntai spt ekor kucing, dan biasa ditanam sbg pokok hiasan | Kamus Dewan Perdana |
ekor kucing | herba yg tingginya sehingga kira-kira 1 m, bercabang, berbulu halus, daunnya bergerigi, berbunga halus berwarna ungu muda dan berjambak menegak, biasanya hidup di kawasan lembap yg terbuka, dan mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |