| epikotil | bahagian batang pd biji benih tumbuhan yg terletak di atas kotiledon sewaktu biji benih bercambah | Kamus Dewan Perdana |
| epigeal | (bkn percambahan biji benih) keluar kotiledonnya dr dlm tanah bersama-sama tunas disebabkan pemanjangan hipokotil, mis percambahan biji benih kacang hijau | Kamus Dewan Perdana |
| engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |
| enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |