Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
Esperantobahasa buatan antarabangsa yg dicipta pd abad ke-19, berdasarkan bahasa-bahasa utama Eropah utk memudahkan orang dr pelbagai negara berinteraksi menggunakan satu bahasaKamus Dewan Perdana
einsteiniumunsur logam radioaktif yg dihasilkan secara buatan melalui pembedilan plutonium, uranium atau kaliforniumKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas