[cen.de.rung] | چندروڠ
Definisi : 1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[cen.de.rung] | چندروڠ
Definisi : 1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)