ektoderma | lapisan paling luar pd embrio, yg membentuk epidermis dan tisu epidermis spt kuku dan rambut, organ deria luaran spt mata dan telinga, dan sistem saraf | Kamus Dewan Perdana |
empirang sungai | ikan air tawar bersaiz kecil yg bergigi besar, yg tinggal di sungai dan tasik dan memakan krustasea dan serangga | Kamus Dewan Perdana |
embaru | pokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertas | Kamus Dewan Perdana |
ESCAP | Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik). ESCAP ialah suruhanjaya yg ditubuhkan pd 1947 di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yg memberikan tumpuan pd soal kemiskinan, globalisasi dan sosial bagi 62 buah negara di Asia dan Pasifik | Kamus Dewan Perdana |
etena | gas dlm kumpulan alkena yg mudah terbakar dan tidak berwarna, diperoleh drp petroleum dan gas asli, dan digunakan dlm pembuatan politena serta sbg bahan utk meranumkan buah-buahan. Kata teknikalnya ialah etilena. Formula: C₂H₄ | Kamus Dewan Perdana |
etilena | gas dlm kumpulan alkena yg mudah terbakar dan tidak berwarna, diperoleh drp petroleum dan gas asli, dan digunakan dlm pembuatan politena serta sbg bahan utk meranumkan buah-buahan. Etilena ialah kata teknikal bagi etena. Formula: C₂H₄ | Kamus Dewan Perdana |

edentat | mamalia drp superorder Xenarthra yg dibezakan dgn ketiadaan gigi kacip dan taring, termasuk tenggiling dan armadilo, yg biasanya terdapat di Amerika Selatan dan Amerika Tengah | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |