pengesteran | proses menghasilkan ester melalui pemanasan asid karboksilik bersama-sama dgn alkohol, dgn adanya mangkin asid tak organik | Kamus Dewan Perdana |
esofagus | bahagian salur makanan yg menghubungkan tekak dgn perut, berfungsi dgn cara mengembangkan dan mengecutkan ototnya utk menolak makanan ke dlm perut | Kamus Dewan Perdana |
elektronik | (bkn alat spt radio, televisyen dan komputer) berkaitan dgn atau dikendalikan dgn komponen spt mikrocip dan transistor yg mengawal arus elektrik | Kamus Dewan Perdana |
mengekstrak | mendapatkan (pati drp tumbuh-tumbuhan atau haiwan) dgn cara menghancurkannya, menekannya dgn kuat dsb | Kamus Dewan Perdana |
ekstrak | bahan cecair yg pekat atau tulen, yg diperoleh drp tisu haiwan atau tumbuhan dgn cara menghancurkannya, menekannya dgn kuat dsb | Kamus Dewan Perdana |
ejektif | berkaitan dgn bunyi hentian yg dikeluarkan dgn menutup rapat glotis dan mana-mana bahagian di atas glotis | Kamus Dewan Perdana |
e- | elektronik. Singkatan e- digunakan bersama-sama dgn kata lain yg berkaitan dgn kandungan dlm bentuk digital, atau sistem yg dilaksanakan secara dalam talian | Kamus Dewan Perdana |
elektrostatik | cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn cas atau medan elektrik statik berbanding dgn elektrik arus | Kamus Dewan Perdana |
elektrokimia | cabang ilmu kimia yg berkaitan dgn hubungan antara fenomena elektrik dgn fenomena kimia | Kamus Dewan Perdana |
elektromagnetisme | cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drp saling tindakan antara arus atau medan elektrik dgn medan magnet | Kamus Dewan Perdana |