ekoton | zon di antara dua komuniti tumbuhan yg berbeza, yg mengandungi spesies drp kedua-dua komuniti tsb, mis pinggir hutan | Kamus Dewan Perdana |
ekor pipit | hujung rambut di antara bahagian pelipis dan telinga | Kamus Dewan Perdana |
pengedar | orang, syarikat dll yg berperanan sbg orang tengah di antara pengeluar dan peruncit, atau pembeli dgn penjual barangan spt kereta atau buku | Kamus Dewan Perdana |
elektrodialisis | proses memisahkan elektrolit dlm larutan dgn menggunakan medan elektrik di antara dua membran separa telap | Kamus Dewan Perdana |
em | unit ukuran linear utk mengukur kelebaran saiz taip, yg berdasarkan saiz poin yg digunakan, mis 1 em bagi saiz enam poin bermakna enam poin lebar. Apb em digunakan utk mengukur jarak di antara baris, ukuran em yg sebenar bergantung pd muka taip yg digunakan | Kamus Dewan Perdana |
edema | keadaan wujudnya lebihan cecair di dlm ruang antara sel tisu, boleh berlaku pd rongga atau tisu badan | Kamus Dewan Perdana |
elektrodinamik | cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn saling tindakan antara daya elektrik, daya magnet dan daya mekanik | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |