Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
EAECEast Asia Economic Caucus (Kumpulan Perundingan Ekonomi Asia Timur). EAEC ialah sebuah badan di bawah ISIS yg diwujudkan pd tahun 2003, menjalankan kajian berasaskan dasar bebas, persidangan dan perangkaian thp rantau Asia TimurKamus Dewan Perdana
empayarkawasan luas yg mengandungi beberapa buah negara dan pelbagai bangsa yg diletakkan di bawah pemerintahan satu kuasa yg berdaulatKamus Dewan Perdana
ekor meraktumbuhan jenis herba drp genus Selaginella yg kebanyakannya merayap di bawah pokok besar, dan menyerupai paku-pakis. Ada beberapa spesies yg ditanam sbg hiasan, dan kebanyakannya mempunyai khasiat ubatan tradisionalKamus Dewan Perdana
EPRDEducational Planning and Policy Research Division (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan). EPRD ialah salah satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan yg bertanggungjawab menyelidik dan menyediakan perancangan dasar pendidikan kebangsaanKamus Dewan Perdana
enjit-enjit semutpermainan yg biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berkumpulan. Seorang pemain akan mencubit kura tangan kawannya sambil menyanyikan lagu tertentu dan yg di bawah akan naik ke atas dan seterusnya sambil menyanyikan lagu Enjit-enjit SemutKamus Dewan Perdana
ESCAPEconomic and Social Commission for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik). ESCAP ialah suruhanjaya yg ditubuhkan pd 1947 di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yg memberikan tumpuan pd soal kemiskinan, globalisasi dan sosial bagi 62 buah negara di Asia dan PasifikKamus Dewan Perdana
emperanruang di bahagian bawah emperKamus Dewan Perdana
eberkulit yg kendur dan melandur di bahagian bawah leher lembu, kerbau dsb, serta bahagian telinga dan dagu ayamKamus Dewan Perdana
endapsst yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasarKamus Dewan Perdana
terendapbercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasarKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas