engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |