etiket | kepingan kecil kertas, kad, plastik dsb yg dilekatkan atau ditampalkan pd beg, botol dll utk memberikan maklumat atau keterangan spt jenisnya dan kandungannya | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |